Biarlah Rahsia



Aku bukan nak tunjuk baik , 
atau nak cakap aku baik ,
 tapi aku cuma nak yang terbaik untuk diri aku . 

Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah suka orang . Tipulah kalau aku cakap aku takde perasaan tengok lelaki yang ada paras rupa menarik , atau lebih senang cakap Handsome . Mesti lah punya terdetik kat hati , tak pun kalau dah over sangat terjerit ' handsome ' pun pernah . Sebab aku hanya seorang manusia biasa , yang tak sempurna . Tapi untuk menyampaikan sesuatu perkara , tak perlu tunggu sesempurna mana pun orang tu untuk dia sampaikan , tak perlu tunggu Malaikat untuk mengesahkan kata kata orang tu baru kita terima , tapi HATI kita .

Aku percaya pada ketetapan dan jalan hidup aku yang Allah tentukan , aku percaya Ajal , Maut , Jodoh , Pertemuan , satu aturan hidup yang ditetapkan . Dengan segala perasaan bercampur baur pada mulanya , aku cuba yakinkan diri aku untuk terus bersabar , untuk terus maju kehadapan , untuk terus melangkah tanpa kehadiran seorang insan bernama Lelaki . Satu aturan hidup yang agak sukar secara jujurnya untuk aku teruskan , apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan .

Namun aku gagahkan jugak , sepanjang tempoh 2 tahun ini . Mungkin ada beberapa kali aku tersangkut , dengan perangkap , tapi aku cuba untuk tidak terus berada di dalam perangkap , kerana seperti yang aku katakan tadi , aku percaya dengan aturan yang ditetapkan . Tipulah kalau aku cakap , aku tak pernah suka seorang insan yang bergelar lelaki . Tipu sangat . Aku seorang perempuan yang mempunyai perasaan macam perempuan lain , aku tak terlepas dari perasaan tu semua , tapi mungkin apa yang membezakan aku dengan yang lain ialah cara aku dengan perasaan aku . Aku bukan nak tunjuk baik , atau nak cakap aku baik , tapi aku cuma nak yang terbaik untuk diri aku .


Cuma beberapa hari ini , perasaan tu menyelinap kembali . Mungkin orangnya agak baik , mungkin juga aku tertarik dengan Ilmu Agama nya , atau kebolehan nya yang satu dalam seribu tu . Tapi aku cuba untuk ingatkan diri aku kembali , walau selok belok mana pun aku bawa perasaan tu pergi , yang haram tetap haram . Terima kasih kepada Individu yang tak perlu aku sebutkan nama nya , yang memahami perasaan aku , yang memahami getaran hati aku yang hanya seorang perempuan biasa . Aku cuba untuk tidak terus berada dalam perangkap samar ini , yang kelihatan baik , tapi tetap membunuh .

Aku cuba kuatkan keyakinan aku , cuba untuk hilangkan getaran setiap kali namanya terlintas di laman sesawang terkemuka dunia , aku cuba . Dengan bekalan keyakinan yang sedia ada , dengan beberapa cerita penyunting semangat pada diri aku , aku cuba untuk berdiri atas kaki aku sendiri tanpa insan itu . Tak kemana  pun kalau aku jadikan sumber inspirasi ke apa , bukan tentu dia yang akan kucup dahi aku bila tiba waktunya , bukan tentu dia yang akan duduk sebelah aku atas pelamin nanti , dan bukan belum tentu dia yang akan sehidup semati .

"kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan,sesungguhnya 
sesudah kesukaran itu ada kemudahan." [Alam Nashrah : 5-6]

Buat Individu yang mengetahui anggap sahaja anda tidak mengetahuinya , sebab saya yakin sangat dengan kejujuran anda . Saya yakin sangat dengan sifat mulia awak tu . Doakan yang terbaik untuk kawan awak ni , terima kasih sebab menceriakan hari saya dengan nama dia walaupun saya tahu benda ni perasaan , mainan hati saya . Walaupun dulu aku pernah cakap dekat orang ramai pasal benda ni , ketahuilah juga , aku seorang perempuan yang ada hati dan perasaan , yang ada rasa hendak disayangi atau menyayangi . Aku bukan buat coretan perasaan hati aku . Tapi aku tetap yakin sperti yang aku katakan pada kalian , bila tiba waktu dan orangnya , semua tetap akan terjadi .

Sungguh perasaan ini lah yang paling sukar untuk ditangani . Lebih sukar daripada menangani perasaan ngantuk yang sedia ada kebal dalam diri ini . Cuma keyakinan yang sedia ada yang aku harapkan untuk diri aku tidak goyah , kerana cuba untuk yakin dan percaya , kalau bukan di dunia , mungkin di akhirat sana . Amin .

No comments: