Dreams and Reality II

Bagi aku 2011 merupakan tahun yang kurang mencabar kekuatan aku berbanding tahun 2010 yang sedikit sebanyak menghentap hati aku . Tapi , banyak perkara yang aku belajar dari tahun 2011 , banyak pengalaman yang aku lalui pada tahun ini .

Aku bersyukur kehadrat Allah kerana terus memberi aku peluang untuk terus hidup dan merasai udara tahun 2012 ini . Walaupun baru satu hari kita berada pada tahun ini aku bersyukur . Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk terus melalui Kehidupan selepas ini , jadi aku ingin mengakhiri tahun 2011 ini dengan kalimah Alhamdulilahirabilalamin . 

Bismillahirahmanirahim , 2012 
Tahun ini merupakan tahun terakhir aku berada di alam persekolahan , perasaan berpecah belah , sedih , gembira dan terharu . Yang sedih ye la kawan kawan semua , ini lah tahun terakhir aku di bumi Batu Pahat , tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan , yang telah mendewasakan aku , yang membezakan kan aku apa itu cita-cita dan cinta . 

Yang gembira ialah , secara jujurnya , nanti bila naik form four ke insyaallah korang akan rasa macam tak sabar nak habis sekolah . Yang terharu , aku rasa terharu sangat , sebab aku dah lima tahun duduk asrama :') Hahaha macam tak percaya pun ada . 

Azam tahun baru ? Sebagai salah seorang calon SPM 2012 aku nak yang paling terbaik dalam SPM aku , itu sudah semestinya . Solat di awal waktu :') Friends forever , kumpul duit , ada pendirian yang tetap , sabar , nak terus kuat dalam apa pun dugaan . 

Banyak lah azam :D Inysaallah aku akan cuba yang terbaik untuk SPM , aku nak capai cita cita aku . Aku nak masuk U , nak study dekat overseas , Amin .

No comments: