Updates I

Diambil dari facebook.com/imammuda106 terima kasih di atas segala updates , kerana saya pun tak tau sgt , jadi Syukran sekali lagi (:

ketika ini jam 8 pagi di Arab Saudi (Malaysia 1 tgh) Di Masjidil Haram sedang giat usaha menukar Kiswah/Kelambu Kaabah yang baru manakala di Lembah Arafah, kedengaran laungan TALBIAH seperti guruh dibanjiri lautan manusia berihram serba putih, Sayu, kerdil rasanya diri ini dan tak terhenti airmata membasahi pipi. Labbaikallahumma labbaik labbaikalasyari kala kalabbaik Innalhamda wanni'mata lakawal mulk lasyarikalak


Aktiviti pertukaran Kiswah/Kelambu Kaabah yang sedang giat dilakukan di Masjidil Haram ketika ini.


Jam ketika ini 12.21 tgh (5.21 ptg - M,'sia) di Arafah. Berjuta umat Islam sedang mendengar Kuthbah sebelum masuk waktu WUKUF tidak beberape minit saja lagi. Dimana saja anda berada mari kita mengambil kesempatan bersendirian seketika berdoa lah sepuas puasnya ketika ALLAH membuka pintu langit semuga kita terlepas dari seksaan api neraka. Ayuh.


Berpusu pusu dan penuh sesak jemaah dan pelbagai jenis kenderaan mula bergerak untuk MABIT di Muzdalifah. Disini juga jemaah mula mengutip batu batu kecil untuk di simpan buat melontar. Satu pengalaman dan cabaran buat semua jemaah termasuk kami Imam Imam Muda.


Saya juga baru tau yang Kiswah akan ditukar tiap tahun dan ada 'kilang' tersendiri yang buat nya , Juga dibuat dengan tangan dan ambil masa 8 bulan untuk membuatnya , ayat ayat yang tertera di Kiswah diperbuat drpd Emas , Masyaallah .

No comments: