Menghargai dan dihargai.

"Jangan tanya apa sumbangan negara kepada anda, tapi tanyalah, apa sumbangan anda kepada negara " -John F. Kennedy
Antara kata kata yang aku pegang, yang bagi aku kata kata itu, cukup membuat kan aku sedar betapa pentingnya setiap individu itu untuk menyumbangkan sesuatu tak kira kepada mana mana pihak atau pun individu lain.

Siapa je kat dunia ni yang tak nak dihargai, tak kira oleh sesiapa, paling cikai pun seorang anak tu                 mesti nak ibu bapa dia puji dia kalau markah periksa dia bukan kosong, paling tak pun bila seorang               anak tu tetiba nak potong seulas bawang utk makan tengahari nak jugak mak dia puji "Boleh kahwin             dah ni kak cik"  Siapa yang tak nak? Mungkin itu memang fitrah manusia, suka dipuji suka dihargai. 

Ataupun kalau zaman teknologi ni lagi lah masing masing suka bila dapat like atau retweet, kerana tu             semua cara lain untuk kita rasa dihargai secara tak langsung. 

Tapi bagaimana pula kita bila menghargai? Adakah kita letak effort yang sama bila kita nak dihargai?           Ataupun pernah ke kita at least consider untuk menghargai orang lain? Contoh yang paling kita tak sedar       bila kita ada sesuatu ilmu tu, adakah kita hargai ilmu tu? Kita letakkan kat tempat yang betul ke? Macam       mana kita letakkan dia kat tempat betul? Pulang balik buku library? Hahaha lawak ke? Ok memang tak         lawak. 


Cara meletakkan ilmu di tempat yang betul nya, bukan je amalkan sesuatu ilmu atau nasihat yang kita dapat, tapi jika kita ada ilmu tu kita kongsi, dengan cara bagi pendapat. Bila dalam perbincangan atau kuliah, kalau kita ada sesuatu yang berguna kepada topik tu, kongsikan. Memetik lagi kata seorang lecturer yang dikagumi keperibadiannya, ilmu atau ilham atau soalan datang dalam minda kita mungkin ilham bagi Allah, jadi, yang bermanfaat tu kena lah kongsi bersama, sebab tu amanah bagi kita untuk sebarkan kepada rakan kelas kita. (Kalau perbincangan dalam kelas lah) Bukan tu salah satu cara nak menghargai ke?

Jadi kat mana kita letakkan diri kita kalau bab menghargai seseorang atau sesuatu benda tu? Adakah sama bila kita nak mak ayah kita belikan deng dang atau tora tora bila kita dapat markah lebih? Tanya lah diri kita apa sumbangan kita dekat sekolah, jiran tetangga, kelas, keluarga, persatuan, atau pun blok asrama. Bukan asyik menadah apa kemudahan atau sumbangan yang dia orang bagi kita shj. 

Ingatlah, macam mana nak sangat saaaaaaangat kita dihargai, macam tu lah orang lain nak kita hargai dia :) 

No comments: