Gigi Besi (: AHAHAHAHA

Post lama tapi baru nak Post :D

Hari ni appoiment lagi , yang menentukkan sama ada aku kena cabut ke tak ,jawapannya of course la tak :D Alhamdulilah , tapi aku kini memakai Braces . HAHA , ini kerana untuk betulkan keadaan gigi graham yang menyenget dan menyakitkan dan bebrapa gigi lain .

Aku ada la survey kan orang yang pakai Braces ni pastu aku siap google lagi baca pengalaman nasihat Dr dan aku ada amik beberapa pamplet mengenai Braces semalam kat Klinik 

So , masa aku google tu aku ada bukak satu blog Dentist ni dia ada bagi tips sebelum pakai Braces , dan ada la jugak tips yang aku guna . Perhatian kepada bakal Gigi besi , anda mestilah sedia dari segi mental dan fizikal katanya . 

Mental :

Korg kena la terima hakikat yang korang akan ada benda dekat dengan korg 24 hours , kena Kuat semangat , kalau tak mmg kau rasa mcm nak cabut jee benda ni sebab rimas at first . Tapi nanti insyaallah fine .

Fizikal :

Ni Pasal kos , alatan untuk braces ni berus gigi dia semua etc 

* Pengalaman berdasarkan baru 5 jam pakai braces (: 

Procedure Pemasangan :

1. Korg kena Xray gigi , cuci atau cabut yang mana patut 
2. Nnti dia ada tekap bentuk gigi korg guna mcm doh la gitu 
3. Pemasangan Bracket * Ni aku suka sebab tak rasa apa apa sgt dan mcm enjoy je time ni 
4. Dawai dia tu ha , yang ni aku sgt cuak masa tu tapi tak sakit sgt kot biasa je 

CUMA lepas beberapa jam korg akan rasa ngilu yang teramat esp malam , tapi takde la sakit mana . Kena Cool dan chill je kot :D HAHA 

Masa pakai procedure ni semua ada nurse yang baru so nurse lain mcm ajar dia la sambil pasang braces ni semua , aku sgt terharu sebab nurse tu ckp gini masa buat doh kat gigi aku 

Dik ,kalau nak rasa muntah goyang kaki ehh , maaf eh dik sikit je , mintak maaf eh sakit sikit je ni ,jap eh 

Baik an ? Tahap kecuakkan aku masa tu pun menurun . I have to be strong , mmg rasa mcm nak cabut , aku tau aku akan rasa lagi sakit nanti so , Tira Kuat ! HAHA tak masal 


No comments: