Showing posts with label Braces. Show all posts
Showing posts with label Braces. Show all posts

Cerita bosan yang bosan sangat sangat , but who cares ?

Hari ni aku ada app dengan dentist , tukar dawai sebab dawai aku patah , wth , aku pun tak tau macam mana boleh patah semalam , plus hari ini pasang getah *Big smile tunjuk gigi

Mula mula dr tu kata nak warna transparent ? aku terus terigt kata kata Misha Omar kat WHI masa dulu . Kalau pakai transparent , kau makan ayam kunyit nanti getah dia tukar warna kuning , ewww tak gemo aku .

So aku amik fvrt kaler aku yang sedia maklum , PINK :D So braces aku pink sekarang . Dan dr tu kata gigi aku memang dah nampak gerak , Alhamdulilah .

Lepas app terus ke Angsana , rasa gigi aku ditarik masa kat angsana , sakit gilew taw * sumpah poyo


Rasa tegang sampai sekarang , sobssssssssss -.-

Appoiment lagi

Aku ada app tadi , sambungan app Sabtu hari tu , aku kena datang balik sebab nak tukar dawai . Pastu kan , HAHAHAHA dawai aku yang bawah tercabut lagi . Walawey

Dr cakap makanelok elok  . Errr , mcm mana nak makan kacang ni ? -.-

Ais kacang ? Mcm cool jeeeeee :D heheheh

GUGUGAGIGI

Errrrrrrrr , pernah rasa dawai braces korg cucuk pipi ? WAHAHA sakit gila kan ? Dipendekkan cerita aku lah mangsa kejadian , lalu mengambil keputusan untuk ke klinik .

Tapi klinik yang dihantar rupanya dah lama tutup , mujur ada Syikin yang meneman ketika itu , jadi kami bertiga berjalan kaki agak setengah jam la sampai . Menyirappppppppppp -.-

Pastu bila Dr tu pasangkan balik maktab kat PSP masa prep ' klang ' terbukak balik , lagi menyirap woooooooo , dan lebih parah lagi masa aku ngn Syikin kena diri kat luar sebab tak siap keje Bio , bracket dia pulak terbukak plus plus la kan menyirapnya

Sabtu haritu aku ada app , Dr cakap gigi aku cepat gerak :D walawey , mcm boleh capai je hajat aku tahun ni nak bukak braces , WAHAHAHA

20Eleven


Sempena 2011 ni aku nak buat 11 Wishes kot , bukan buat wish la tapi buat wishlist :D * apa aku cakap nih

1. Aku nak banyak bersabar
2. Solat awal waktu
3. Good grades in every exam
4. Dapat gadjet yang aku nak
5. Gigi aku dah takde problem so nak bukak braces * Paling nak tapi tak mgkn gila
6. Bilik aku semua pink HAHAHA
7. Kumpul duit utk future
8. Kurgkan tidur di asrama masa weekend especially
9.Kurangkan cakap merepek repek kot * Suka Gilaaaaaa
10. Nak buat collection on anything * tak masal
11. FRIENDS FOREVER dengan semua orang

Arina , My Primary Partner

Dalam banyak banyak hadiah PMR ,Yang paling unik aku jumpa ialah hadiah yang kawan aku mintak ni , my primary partner :D Arina Azlee , korg tau apa dia mintak hadiah 8A dia ? BRACES baby , lain drpd yang lain .

Arina ,

Kita baca post awak yang awak nak gigi lama awak tu kan ? Setiap pagi kita bangun kita , nak gosok gigi tgk cermin kita akan cakap ' Oh Man bertahun lagi benda ni ada , ahhh wish that i can take it off '

Tapi dah 2 minggu lebih ni rasa better sgt sgt walaupun kkdg sakit , but still setiap pagi kita bangun kita akan cakap benda yang sama

So mari kita tempuhi sama sama the braces thing , mine is 15.12.2010 , Yours 30.12 kan ? Ok beza 15 hari je HAHAHA

Lastly , the best part of wearing it , is when you does not realize that you are wearing one (: * tapi yang ni seminggu lebih pakai baru rasa kot :D

Lots Of LOVE LOVE .
Sh Athirah

Duhhh :D

Webcam , aku pakai selendang abah masa dia beli kat Mekah , sebenarnya orang pakai buat mcm serban gitu . Hodoh , HAHAHA
Amalina Mat , Zafirah , lain tak muka pakai ni ? HAHA

Gigi Besi (: AHAHAHAHA

Post lama tapi baru nak Post :D

Hari ni appoiment lagi , yang menentukkan sama ada aku kena cabut ke tak ,jawapannya of course la tak :D Alhamdulilah , tapi aku kini memakai Braces . HAHA , ini kerana untuk betulkan keadaan gigi graham yang menyenget dan menyakitkan dan bebrapa gigi lain .

Aku ada la survey kan orang yang pakai Braces ni pastu aku siap google lagi baca pengalaman nasihat Dr dan aku ada amik beberapa pamplet mengenai Braces semalam kat Klinik 

So , masa aku google tu aku ada bukak satu blog Dentist ni dia ada bagi tips sebelum pakai Braces , dan ada la jugak tips yang aku guna . Perhatian kepada bakal Gigi besi , anda mestilah sedia dari segi mental dan fizikal katanya . 

Mental :

Korg kena la terima hakikat yang korang akan ada benda dekat dengan korg 24 hours , kena Kuat semangat , kalau tak mmg kau rasa mcm nak cabut jee benda ni sebab rimas at first . Tapi nanti insyaallah fine .

Fizikal :

Ni Pasal kos , alatan untuk braces ni berus gigi dia semua etc 

* Pengalaman berdasarkan baru 5 jam pakai braces (: 

Procedure Pemasangan :

1. Korg kena Xray gigi , cuci atau cabut yang mana patut 
2. Nnti dia ada tekap bentuk gigi korg guna mcm doh la gitu 
3. Pemasangan Bracket * Ni aku suka sebab tak rasa apa apa sgt dan mcm enjoy je time ni 
4. Dawai dia tu ha , yang ni aku sgt cuak masa tu tapi tak sakit sgt kot biasa je 

CUMA lepas beberapa jam korg akan rasa ngilu yang teramat esp malam , tapi takde la sakit mana . Kena Cool dan chill je kot :D HAHA 

Masa pakai procedure ni semua ada nurse yang baru so nurse lain mcm ajar dia la sambil pasang braces ni semua , aku sgt terharu sebab nurse tu ckp gini masa buat doh kat gigi aku 

Dik ,kalau nak rasa muntah goyang kaki ehh , maaf eh dik sikit je , mintak maaf eh sakit sikit je ni ,jap eh 

Baik an ? Tahap kecuakkan aku masa tu pun menurun . I have to be strong , mmg rasa mcm nak cabut , aku tau aku akan rasa lagi sakit nanti so , Tira Kuat ! HAHA tak masal 


Aku makan dan tersekat di Braces , menyakitkan Hati Gua je laaa

6 Jam 20 Minit :D







* Big smile sikit :D 

Random

Aku tak makan dari breakfast ,and claps for me sebab aku lepas subuh tidur dan bangun pukul 8 PAGI waaaaaaaaa :D Gila ahh aku an , awal an ?

Pastu aku tgk tv 105 Sonata Labu Labi , boleh la tapi aku tukar channel 411 sebab adaa cerita Angus Thongs and Snoging * tak sure spell dia , tapi best lajugak sampai aku leka dah pukul 11 lebey . Aku naik atas dan golek golek tgah online tiba tiba rasa

Errr , pening nak muntah tgk jam 1.30 , Damn it aku tak makan apa apa dari pagi kecuali dequadin (: Im going for  an oppoiment hari ni lagi , Wahh femes la aku kat Dr Gigi tu an :p Semalam dua kali tapi klinik lain lain hari ni sama so , aku tak nak la cabut  .Ya Allah .

Tak nak

Aku rasa nak nangis masa doktor tu kata kena cabut or surgery sbb graham :'( Umi pun pernah cabut and its really hurts umi ckp sakit sgt sgt .Tadi scaling je , Dr tu mmg baik dan Nurse deorg bebual pasal artis so aku tak la rasa stress sgt masa scaling tadi

Esok kena lagi Insyaallah .

Pray For me :O

Dah lama aku tak short nap bak kata cg di maktab or Long nap pada waktu siang , cuma beberapa kali je sepanjang cuti ni , tadi aku pun short nap la secara disengajakan masa tgk 101 Dalmations dekat 413 , lepas tu tiba tiba aku terbangun dengar azan asar dan aku tgk Abah amik remote off tv sbb aku tertidur

Aku pun naik sambung tido -.- HAHA semasa aku tidur ayam lagi masa tgah kira Biri biri sebelum tidur , masa tu biri biri 68 telefon rumah bunyi , kacau betul la aku pun cakap dalam hati ' ala bukan untuk aku ni orang lain punya call ' tiba tiba Qila cakap aku punye call .

Aku agak terkejut sebab semenjak aku ada No. ni jarang phone rumah untuk aku , hmm so aku turun dengan laju , gilaaaaaa :D HAHA :

Ye saya Sh Nurul Athirah * aku ada tak bayar bil apa ke ?

Saya dari Klinik Pergigian Uda , awak boleh datang malam ni tak ?

Hmmm ?

Untuk cuci dan cabut kalau perlu * cabut ? wahhhh tragis gilaa sumpah sakit

Emmm , tak kompem la 5.30 saya kompem balik 

Ok baiklah , saya Huda . Terima Kasih . 


Konklusinya aku harap everything will be fine dan aku tak nak cabut gigi harap harap ok , dan takde pape pray for me fella ^^

Gigi

Tiada Motif :D
Baru balik dari Xray gigi (: Of Course la kan kena bukak jam tudung dan lain lain , dan yang mengejutkan Nurse tu tanya ' Awak dah Kawen ? ' Adakah rupa aku mcm isteri orang ? What theee HAHA